SENAMAN DAN KECERGASAN
Apa itu kecergasan?Kecergasan adalah satu keadaan di mana fizikal seseorang itu membolehkan ia melakukan aktiviti-aktiviti harian dengan efektif, mengambil bahagian dalam sukan atau aktiviti-aktiviti riadah dan masih mempunyai tenaga yang mencukupi ketika waktu kecemasan. Kecergasan boleh ditingkatkan dengan senaman yang bersesuaian.Jumlah komponan kecergasan fizikal boleh dikenali/ketahui dengan 11 komponen. 5 daripadanya komponen berkaitan dengan kesihatan dan 6 lagi komponan berkaitan dengan kemahiran.
Apakah perbezaan komponen kecergasan?
Ketahanan sistem jantung (Kecergasan Aerobik) | Ia adalah keupayaan jantung untuk mengekalkan tahap kecekapan yang berterusan untuk jangkamasa yang lama untuk aktiviti yang memerlukan banyak tenaga seperti joging, berlari atau berenang. |
Komposisi badan | Ianya merujuk kepada jumlah struktur utama anggota tubuh badan: otot, tulang dan lemak. |
Kekuatan otot | Ianya adalah tahap kekuatan otot untuk menampung sesuatu aksi tertentu. |
Ketahanan otot | Merujuk kepada keupayaan kumpulan otot untuk terus berfungsi ke tahap waktu yang ditentukan (stamina otot). |
Fleksibiliti | Keupayaan untuk melentur dan bergerak dengan lembut dan berupaya untuk melakukan pergerakkan lingkungan penuh. |
- Ketangkasan/ kelincahan
- Keseimbangan
- Kelajuan
- Masa reaksi
- Koordinasi
- Kepantasan/kecepatan
Apakah itu senaman?
Senaman adalah satu bentuk aktiviti fizikal atau rekreasi yang menyeronokkan dirancang dan diulang-ulang, dilakukan untuk meningkatkan status kesihatan dan tahap kecergasan.
Ia dilakukan dengan melibatkan satu antara lima komponan yang dinyatakan di atas. Ahli sukan boleh membina/membentuk enam komponen yang lain.
Apa jenis senaman yang perlu untuk membentuk komponen kecergasan?
- Untuk membentuk sistem jantung dan tahap ketahanan otot seseorang itu perlu melakukan senaman aerobik
- Untuk meningkatkan kekuatan otot, latihan kekuatan atau latihan mengangkat berat perlu dilakukan
- Untuk meningkatkan fleksibiliti, senaman regangan perlu diamalkan.Yoga juga adalah satu aktiviti yang baik untuk meningkatkan fleksibiliti
- Komposisi badan juga akan bertambah baik dengan senaman aerobik
- Untuk meningkatkan kemahiran yang melibatkan komponen, senaman khas yang dirancang adalah perlu. Senaman ini adalah senaman khas di mana melibatkan latihan sukan di bawah pengawasan jurulatih
Apakah senaman rutin yang disukai?
- Mulakan dengan senaman untuk memanaskan badan, seperti:
- Berlari anak atau joging selama 5 hingga 10 minit
- Berenang 2 hingga 3 pusingan mengikut cara keselesaan masing-masing
- Berbasikal untuk 5 hingga 10 minit dengan kelajuan rendah
Walaubagaimanapun lakukan aktiviti beberapa minit pertama dengan selesa.
- Ini patut diikuti dengan regangan dengan menggunakan otot tertentu
- Pada bahagian ketiga lakukan aktiviti rutin senaman aerobik selama 30 hingga 40 minit
- Selepas peringkat aerobik, lakukan aktiviti pergerakkan perlahan untuk menurunkan denyutan jantung
- Sesetengah senaman latihan kekuatan dilakukan untuk meningkatkan kekuatan otot
- Pusingan ini ditamatkan dengan senaman regangan untuk semua kumpulan otot-otot utama
Apakah itu prinsip FITT (kecergasan)?
F | - Frequency ialah kekerapan melakukan senaman. |
I | - Intensity ialah kekuatan sesuatu senaman ditentukan dengan pengiraan kadar denyutan jantung anda. |
T | - Time ialah peruntukan masa untuk senaman aerobik (tidak kurang 20 minit untuk lebih berkesan). |
T | - Type ialah jenis senaman yang penting. Beberapa jenis aerobik yang berbeza adalah digalakkan. |
| ![]() ![]() | |
| ![]() | |
| ![]() | |
| ![]() | |
| ![]() | |
| ![]() |
Bagaimana saya boleh tahu kadar denyutan jantung saya?
Lihat Kadar denyutan jantung
Apakah jenis aktiviti yang boleh saya pilih untuk meningkatkan kecergasan saya?
Anda boleh memilih aktiviti seperti:
- Joging
- Permainan seperti futsal, bola sepak, hoki dan badminton
- Berjalan kaki
- Memanjat tembok
- Mengambil bahagian dalam acara larian
- Berbasikal
Adalah perlu memulakan aktiviti secara perlahan, dengan intensiti dan frekuensi rendah seterusnya ditingkatkan secara perlahan-lahan mengikut keselesaan.
No comments:
Post a Comment